Wednesday, July 30, 2008

PENGARAH

Pementasan ini akan diarahkan oleh Profesor Tone Brulin 82, berasal dari Antwerp Belgium, merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas di dalam bidang seni pementasan teater. Beliau telah memulakan dan mencipta sejarah peribadi dengan menjadi tokoh seni pementasan teater pertama di Malaysia apabila menubuhkan seni teater di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berbekalkan pendidikan serta pengalaman hampir lima dekad menerusi pelbagai pementasan beliau diseluruh negara, antaranya Holland, Perancis, Portugal, USA, Denmark dan sebagainya telah menjadi beliau seorang yang dikagumi. Beliau juga telah menerima beberapa anugerah, antaranya The Belgian State Prize for Dramatic Literature, The Prize of the Netherlands Boekenweek, The International Italia Prize for Television Opera, The Arch Prize of the Free Word, The State Price of Belgium Theatre, dan pelbagai lagi. Beliau dijemput khas dari Belgium ke Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik sebagai tenaga pengajar, dan ditugaskan menjadi pengarah bagi karya beliau yang berjudul roh anai-anai iaitu hasil adaptasi daripada naskah berbahasa Inggeris ‘This is not Eugene’. Bagi pementasan ini juga, Puan Norzizi Zulkefli pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik akan bertindak sebagai pembantu kepada pengarah Profesor Tone Brulin.

1 comment:

Anonymous said...

takder gamba pelakon!