Saturday, August 2, 2008

Sidang Media Teater Roh Anai-Anai

Tempat : The Coronade Hotel, Kuala Lumpur
Jalan Walter Grenier 55100
Kuala Lumpur.

Tarikh : 16 September 2008 ( Selasa )

Masa : 4.30 petang - 8.00 malam

Friday, August 1, 2008

Akan Datang : Teater Roh Anai-Anai


Mempersembahkan

Karya Dan Arahan
Tone Brulin

Adaptasi dari naskhah " This is not EUGENE "

" Dia seronok dalam warna-warna yang meriah,
dengan sekelip mata seperti melayangnya sayap seakan pari-pari
yang terkoyak busananya.."


karya dan arahan TONE BRULIN
pelakon PELAJAR SEMESTER 6 PRODUKSI TEATER UiTM


017- 6465389 (Rabitah) / 012-4196537 (Rusnani)

email : eita_solehah@yahoo.com / r_yusop@yahoo.com




17, 18 & 19 Oktober 2008

Lambang Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur

8.30 Malam






Thursday, July 31, 2008

Sinopsis, Naskhah, Genre & Konsep


SINOPSIS

Teater Roh Anai-Anai ini mengisahkan tentang keunikan sebuah kolani anai-anai dimana proses serangga ini mempunyai persamaan sejagat. Setiap dalam peringkat manusia dan proses perkembangan fizikal manusia disamakan dengan proses kehidupan anai-anai.

NASKHAH

Roh anai-anai hasil karya Prof. Tone Brulin menerusi penterjemahan hasil daripada karya beliau "This is Not Eugene ". Roh anai-anai ini berkisarkan tentang keunikan sebuah kolani anai-ani dimana proses kehidupan serangga ini mempunyai persamaan dengan manusia sejagat. Setiap dalam peringkat manusia samada suka dan duka serta proses perkembangan fizikal manusia dan anai-anai yang hampir sama dari segi perubahan anai-anai menjadi kalkatu. Proses perubahan manusia juga menyerupai anai-anai. Melalui naskhah ini juga kita dapat memahami natijah kewujudan anai-anai itu sendiri.

GENRE


Eksperimental

KONSEP

Naif (Naive) teater

Wednesday, July 30, 2008

PENGARAH

Pementasan ini akan diarahkan oleh Profesor Tone Brulin 82, berasal dari Antwerp Belgium, merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas di dalam bidang seni pementasan teater. Beliau telah memulakan dan mencipta sejarah peribadi dengan menjadi tokoh seni pementasan teater pertama di Malaysia apabila menubuhkan seni teater di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berbekalkan pendidikan serta pengalaman hampir lima dekad menerusi pelbagai pementasan beliau diseluruh negara, antaranya Holland, Perancis, Portugal, USA, Denmark dan sebagainya telah menjadi beliau seorang yang dikagumi. Beliau juga telah menerima beberapa anugerah, antaranya The Belgian State Prize for Dramatic Literature, The Prize of the Netherlands Boekenweek, The International Italia Prize for Television Opera, The Arch Prize of the Free Word, The State Price of Belgium Theatre, dan pelbagai lagi. Beliau dijemput khas dari Belgium ke Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik sebagai tenaga pengajar, dan ditugaskan menjadi pengarah bagi karya beliau yang berjudul roh anai-anai iaitu hasil adaptasi daripada naskah berbahasa Inggeris ‘This is not Eugene’. Bagi pementasan ini juga, Puan Norzizi Zulkefli pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik akan bertindak sebagai pembantu kepada pengarah Profesor Tone Brulin.